SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN
DEFINISI
- Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), menghuraikan pentaksiran sebagai sebahagian
daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara
berterusan.
- Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.
- Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan
gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau
aktiviti pembelajaran.
- Manakala,
Menurut Dunn (1991) pula, pentaksiran ialah satu proses pengumpulan
maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang
kemajuan mereka.
TUJUAN PENTAKSIRAN
v
Untuk mengenalpasti pelbagai kecergasan dan
potensi murid bagi memperkukuhkan dan membantu mempertingkatkan perkembangan
mereka.
v
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi
seseorang dalam pembelajaran
v
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa
pengajaran dan pembelajaran
v
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang
pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
v
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang tersusun dan sistematik bersesuaian.
Pentaksiran terdiri daripada :
- Pengukuran
- Pengujian
- Penilaian
Comments
Post a Comment