JENIS-JENIS PENTAKSIRAN



Pentaksiran terbahagi kepada 3 jenis :



                             I.        Pentaksiran Autentik

                           II.        Pentaksiran Sumatif
                        III.        Pentaksiran Formatif


I. PENTAKSIRAN AUTENTIK

            Menurut Rudner & Boston (1994), pentaksiran autentik bermaksud proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna. Manakala, menurut Grace di dalam buku Educational Assessment of Student (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri.

          Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. Pentaksiran autentik ini menekankan kepada pengalaman terhadap dunia sebenar dalam kehidupan pelajar. Ia juga bukan hanya melibatkan tahap kognitif di peringkat pengetahuan dan pemahaman malah  melibatkan tahap kognitif yang lebih tinggi iaitu peringkat aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.


Ciri-Ciri Pentaksiran Autentik

a)    Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan
b)    Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya
c)    Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi
d)    Subjek membina maksud yang tersirat
e)    Berpusatkan kanak-kanak




Jenis-jenis Pentaksiran Autentik

Ø  Temubual / Bersoal jawab

Ø  Penceritaan semula / Bercerita
Ø  Sampel penulisan
Ø  Pameran
Ø  Eksperimen/ Demostrasi
Ø  Pemerhatian guru
Ø  Portfolio




Kepentingan Pentaksiran Autentik

Ø Pentaksiran autentik dapat mengukur tahap perkembangan pelajar secara menyeluruh melalui jenis-jenis kaedah yang telah dinyatakan di atas.

Ø  Melalui laporan dari pentaksiran autentik ini, ia dapat membantu guru dalam memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk ke alam persekolahan yang lebih tinggi.

Ø   Ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan disekolah sahaja.

Ø  Dapat memberi peluang kepada  pelajar untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan serta dapat merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

Ø Pelajar dapat memahami kehendak hasil pembelajaran dari guru kerana pentaksiran lebih konsisten dan telus.



II. PENTAKSIRAN FORMATIF

         Semasa dan sepanjang proses p&p menggunakan pelbagai kaedah, alat, teknik dan sumber yang ada dalam mengelola, merekod, menterjemah dan melapor maklumat. Membuat pertimbangan menggunakan pelbagai maklumat dan membuat penilaian (bertulis atau verbal) bagaimana memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran murid. Contohnya ujian mingguan atau kuiz.

                 

Tujuan:
       ·  Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan      
         pengajaran dan pembelajaran dengan kadar segera.


Aktiviti :
       · Menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan  
        pembelajaran  sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh.


Masa :
      ·  Semasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan.


Bentuk :
    · Ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi soal jawab), atau formal (melibatkan  
      ujian kertas pensel dalam  masa yang singkat).


Sasaran :
    ·  Secara individu, kumpulan atau kelas.


Liputan :
    · Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian 
      formal)


Rekod :
   · Tiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak atau rekod 
     prestasi (bagi ujian formal)


Tindakan :
    · Memperbaiki kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti 
      pengayaan dan pemulihan di dalam kelas




III. PENTAKSIRAN SUMATIF


                 Pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari. Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid pada tahun berikutnya. Contohnya SPM.


Tujuan :
      ·  Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan 
        pemeringkatan gred murid di dalam kelas.


Aktiviti :
     · Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu pelajaran secara kelas atau      
      tingkatan.


Masa :
    ·   Semasa semester pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir 
       tahun).


Bentuk :
   · Formal (ujian kertas pensel atau ujian lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kesesuaiannya.


Sasaran :
    · Secara kelas atau tingkatan


Liputan :
    · Meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan


Rekod :
    ·  Penggunaan rekod profil atau pensijilan.


Tindakan :
     ·  Menempatkan murid kumpulan atau kelas yang sesuai.
     ·  Merancang dan mengubah suai pelajaran atau kurikulum.

     ·   Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan


Image result for pentaksiran autentik,sumatif dan formatif





Comments

Popular posts from this blog

SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN