PERSEDIAAN UNTUK PENTAKSIRAN



Tugasan Indivdu
  •       Mengumpul dan menghasilkan nota yang baik.
  •       Memahami dan menghafal nota.
  •       Membuat ulangkaji.
  •       Menyediakan jadual perancangan ulangkaji.
  •       Membaca dari pelbagai sumber.
  •       Mengumpul dan menganalisis maklumat.
  •       Menyediakan diri mental dan fizikal untuk menjalani praktikum,BIG, dan aktiviti ko-         kurikulum.


Tugasan Berkumpulan
  • *      Kerja kursus dijalankan secara individu atau berkumpulan bergantung kepada kehendak soalan.
  • *      Dalam tugasan kerja kursus, penilaian dilakukan dalam tiga bentuk, iaitu:

o   penulisan esei
o   persembahan
o   penulisan reflektif.

  • *      Secara berkumpulan terokai tugasan yang diberi.Ketua kumpulan menentukan apakah tugasan (aspek-aspek pentaksiran yang perlu diterokai oleh ahli) untuk setiap ahli. Adalah lebih baik sekiranya ahli kumpulan berbincang dahulu apa yang perlu dilakukan.
  • *     Seterusnya bina satu fail projek peta minda pentaksiran. Kemudiannya kongsi atau buat kolaboratif dengan ahli-ahli kumpulan .Ahli-ahli kumpulan secara kolaboratif akan melengkapkan peta minda tentang pentaksiran.
  • *     Setelah siap, projek kumpulan akan dibentangkan di dalam kelas untuk sesi perbincangan dan kritik.






INTEGRITI PELAJAR


           Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

           Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dan lain-lain.

          Integriti amat penting dalam menyelesaikan kerja kursus. Idea atau hasilan yang dipersemahkan adalah idea yang tulin/asli dan bukan yang diciplak.

Comments

Popular posts from this blog

SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN